Image may be NSFW.
Clik here to view.
Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) atau lebih dikenali sebagai PERKAMA International merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memartabatkan amalan kaunseling di Malaysia. Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk mempertingkatkan integriti profesion kaunseling di Malaysia selain dari memberi perkhidmatan sosial dan seterusnya dapat membantu kesejahteraan masyarakat. Antara tujuan profesional PERKAMA International ialah:
- Memajukan amalan kaunseling secara profesional
- Menggalak dan membantu ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan kaunseling dalam konteks profesional ahli-ahlinya
- Memajukan perkembangan profesional ahli-ahlinya
- Memperteguhkan identiti, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terdiri dari pelbagai disiplin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman
- Menyediakan sumber tenaga profesional dalam bidang kaunseling bagi membantu masyarakat dalam menangani isu-isu sosial dan kesihatan mental
www.perkamainternational.com.my
Download Vector Logo of PERKAMA International