Jawatankuasa Perwakilan Penduduk – JPP ditubuhkan bagi meningkatkan koordinasi serta kesejahteraan komuniti bandar dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). JPP akan bertindak sebagai entiti yang dianggotai oleh wakil masyarakat setempat bagi menyokong program pembangunan di kawasan masyarakat tersebut di samping menangani isu-isu perbandaran di kawasan PBT. JPP juga sebagai suatu mekanisma bagi penduduk setempat berpeluang berinteraksi secara bersemuka dengan pihak berkuasa & PBT bagi mengemukakan aduan atau cadangan.
Adalah menjadi harapan JPP untuk menggalakkan penduduk menyertai program-program dan perancangan pembangunan di kawasan bandar bagi membentuk kejiranan yang mampan. JPP yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan – KPKT ini, peranannya juga seakan-akan peranan JKKK bagi kawasan luar bandar, cuma bezanya JPP adalah di kawasan bandar.