Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi adalah salah satu cabang seni silat dari Malaysia. Istilah Cekak secara dasarnya mempunyai beberapa definisi, bergantung kepada dialek ataupun loghat penuturnya.
- Makan Cekak – Di Utara terutama di Kedah, perkataan Cekak itu telah dijadikan satu simpulan bahasa – ‘makan cekak’. Simpulan bahasa tersebut membawa makna bertanggungjawab. Bila dibawa kembali kepada ‘Silat Cekak’ maka makna ‘Silat Cekak’ ialah silat yang bertanggungjawab menjaga diri pengamal-pengamalnya dari dianiayai oleh musuh-musuhnya.
… - Bercakak. Di dalam bahasa Minang, perkataan Cekak ada juga, tetapi tidak disebut sebagai ‘Ce-kak’ tetapi disebut dengan bunyi ‘Cakak’. Bercakak dalam bahasa Minang membawa maksud bergaduh. Jadi makna Silat Cekak membawa erti ‘Silat Gaduh’ (berlawan). Bukan bermakna Silat Cekak ini suka bergaduh tetap ialah Silat yang boleh dibawa bergaduh untuk mempertahankan diri. Jelas sekali Silat Cekak sebenarnya Silat yang benar-benar untuk mempertahankan diri bukan untuk pertunjukkan di majlis-majlis kenduri ataupun di pesta-pesta. Sebab itulah Silat Cekak tidak ada tari menari, gong gendang dan langkah melangkah. Ia hanya mara kehadapan apabila bertempur dengan musuh.
… - Cekak juga membawa maksud ringkas. Keringkasan Silat Cekak ini dapat dilihat dalam sistem mata pelajarannya, yang sangat mudah dan cepat dipelajari. Ilmu Silat Cekak mendidik pengamalnya supaya tidak mengelak ke kiri atau ke kanan, tidak pula berunduk ke belakang, malah mara ke hadapan dalam gerak yang satu. Dalam pembelajaran buah, konsep ringkas ini juga ditekankan. Kesemua 21 buah Silat Cekak itu segerak, dalam erti kata hanya memerlukan satu gerak untuk melengkapkan buah tersebut. Ini memperjelaskan lagi konsep Ringkas yang menjadi salah satu maksud perkataan Cekak itu sendiri.
… - Secekak membawa erti segenggam. Segenggam ini pula membawa kepada banyak maksud. Pertamanya, Silat Cekak mempelajari yang segenggam bukan yang segantang. Di sini dimaksudkan bahawa mata pelajaran Silat Cekak merupakan mata pelajaran intisari silat sahaja (segenggam) bukannya cabang-cabang silat yang banyak (segantang). Oleh kerana Silat Cekak adalah mempelajari perdu gerak, maka ia sangat cepat, teratur dan dapat diajar dalam waktu yang singkat sekali. Segenggam juga menunjukkan padu. Jadi Silat Cekak adalah satu Silat yang benar-benar tegas dan berpendirian. Di mana kaedah-kaedahnya memberi keyakinan kepada pengamal-pengamalnya bahawa mereka telah mendapat rahsia dan sesuatu yang berguna di dalam bidang seni mempertahankan diri. sumber – wiki
Lihat juga link berkaitan terdahulu: